PROJEK ECRL


Kerja Pembinaan Lancar Dan Dijangka Siap 2026

Kerja pembinaan laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan lancar dan projek mega bernilai kira-kira RM50 bilion itu dijangka siap mengikut jadual pada 2026.

Pembinaan 59 terowong sepanjang landasan sejauh 665 kilometer antara Kota Bharu, Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor juga rancak dilakukan.

Ia termasuk terowong Kuantan di sempadan Pahang dan Terengganu.

Kemudahan pengangkutan awam ECRL link akan memberi manfaat kepada warga Hulu Selangor.