Tentang Kami

Di Mana Detik Emas Anda Bermula…

LIGAMAS SDN BHD merupakan usahasama di antara PKNS dan Mixwell(M) Sdn Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM60 juta.

Sebagai peneraju dalam industri pembangunan hartanah di Selangor dan untuk meneruskan tradisi kecemerlangan oleh PKNS, LIGAMAS melibatkan diri sendiri dengan aktifnya dalam merancang dan membangunkan kawasan perbandaran yang komprehensif untuk keselesaan masyarakat.

Projek Bandar Utama, Batang Kali di kawasan Hulu Selangor yang merangkumi kawasan seluas 1,800 ekar dalam saiz tanah dan jarak 45km dari Kuala Lumpur merupakan hasil perancangan teliti dan terperinci oleh LIGAMAS.

Projek ini merangkumi pembangunan lot perindustrian, bangunan komersial & pelbagai jenis rumah antaranya termasuk kategori rendah, menengah dan tinggi. Bandar Baru ini dianggarkan akan menjadi kediaman kepada sebanyak 60,000 penduduk & membawa banyak peluang pekerjaan baru untuk kawasan tersebut selepas selesai dibangunkan.

Pembangunan tersebut merangkumi pembinaan kemudahan awam dan infrastruktur yang akan membawa keselesaan hidup kepada komuniti. Kemudahan tersebut termasuklah sekolah rendah dan sekolah menengah untuk pelajar-pelajar, taman rekreasi, taman permainan, padang bola sepak, dewan komuniti dan banyak lagi. Kemudahan awam seperti pengangkutan awam dan pusat membeli-belah juga akan dibina dan disediakan dengan perancangan teliti dan terperinci.

Bandar Utama Batang Kali juga askan dilengkapi dengan semua sambungan dan rangkaian pengangkutan awam yang lain agar boleh diakses dengan mudah dan selesa. Lokasi strategik Bandar Utama Batang Kali yang digabungkan dengan kos sara hidup yang rendah dan persekitaran hidup yang penuh dengan unsur alam semula jadi akan membawa kepada hidup yang berkualiti dan bebas daripada beban dan tekanan hidup.

Bandar Utama Batang Kali merupakan detik permulaan emas hidup anda….

Konsep Kami